Logo NakWasap Nakwasap.my
Ciri BaharuNew feature 20 Sep 202620 Sep 2026 2 minit2 min read

Borang, kedai dan halaman jualan anda kini boleh guna domain sendiriYour form, shop and landing page can now run on your own domain

Pelanggan buka shop.kedaianda.com, bukan pautan platform. Satu rekod CNAME, dan sijil HTTPS dikeluarkan automatik.Customers open shop.yourbusiness.com instead of a platform link. One CNAME record, and HTTPS is issued automatically.

Bila anda hantar pautan tempahan dalam WhatsApp, pelanggan nampak nama platform sebelum nampak nama anda. Untuk bisnes yang masih membina kepercayaan, itu satu saat teragak-agak yang tak perlu. Mulai hari ini borang, kedai dan halaman jualan anda boleh duduk di alamat anda sendiri.

Satu rekod CNAME menyambungkan alamat anda ke halaman yang anda pilih.
Satu rekod CNAME menyambungkan alamat anda ke halaman yang anda pilih.

Apa yang boleh diletak di sana

—Borang lead — pelanggan isi, lead terus masuk ke CRM anda.
—Kedai — katalog produk dan pesanan.
—Halaman jualan yang anda bina sendiri.
—Pautan bayaran.

Halaman yang anda pilih akan terbuka terus di alamat utama. Halaman lain yang sudah diterbitkan tetap boleh dibuka di domain yang sama, cuma dengan pautannya sendiri — senarai penuh berserta butang salin ada dalam kad domain.

Tiga langkah, satu rekod DNS

—Buka Tetapan → Domain, tekan "Sambung alamat", masukkan alamat anda dan pilih halaman yang pelanggan akan nampak.
—Salin rekod CNAME yang dipaparkan ke akaun domain anda. Jangan ubah rekod e-mel (MX) anda, dan kekalkan TTL asal.
—Tekan "Dah simpan — semak sambungan". Kami juga menyemak sendiri setiap 30 saat selagi halaman itu terbuka.

Selepas itu sijil HTTPS dikeluarkan automatik — anda tak perlu beli apa-apa sijil. Biasanya siap dalam beberapa minit, bergantung pada kelajuan penyebaran DNS. Status bertukar dari "Perlu disambungkan" ke "Menyediakan sambungan selamat", kemudian "Sedia digunakan". Sementara menunggu, pelawat nampak halaman yang menyegar sendiri, bukan ralat.

Guna subdomain, bukan domain utama

Alamat seperti shop.kedaianda.com paling mudah, terutamanya kalau domain utama anda sudah ada website. Domain utama (kedaianda.com) juga boleh, tetapi ia perlukan penyedia DNS yang menyokong CNAME pada root — Cloudflare, Namecheap dan Route53 menyokongnya, sesetengah penyedia lain tidak. Kalau anda guna Cloudflare, tetapkan Proxy status kepada "DNS only" (awan kelabu) untuk rekod ini.

Apa yang belum termasuk

—Dashboard anda kekal di nakwasap.my. Ini untuk halaman awam sahaja, bukan whitelabel penuh.
—Selepas pelanggan selesai membayar, mereka kembali ke pautan nakwasap.my.
—Tag canonical untuk SEO masih menunjuk ke alamat asal halaman itu.

Harga

Custom Domain ialah add-on: RM15 sebulan untuk satu domain, atau RM150 setahun. Satu unit satu domain; kalau anda sambung domain utama, root dan www dikira sebagai satu. Kalau add-on tamat, alamat dijeda dahulu dan anda ada tujuh hari untuk memperbaharui sebelum ia diputuskan sepenuhnya.

Buka Tetapan → Domain untuk mula. Anda perlukan domain yang sudah dimiliki — ini bukan pembelian domain baharu.

When you send a booking link on WhatsApp, customers see a platform name before they see yours. For a business still building trust, that is one unnecessary moment of hesitation. From today, your form, shop and landing page can live at an address of your own.

A single CNAME record connects your address to the page you choose.
A single CNAME record connects your address to the page you choose.

What runs on your domain

—Lead forms — customers fill them in and the lead lands straight in your CRM.
—Your shop — product catalogue and orders.
—Landing pages you built yourself.
—Payment links.

The page you pick opens at the root of the address. Every other published page still works on the same domain under its own link — the full list, with copy buttons, sits inside the domain card.

Three steps, one DNS record

—Open Settings → Domains, press "Connect an address", enter your address and choose the page visitors should see.
—Copy the CNAME record shown into your domain account. Leave your email (MX) records alone, and keep the default TTL.
—Press "I’ve saved it — check connection". We also check on our own every 30 seconds while the page is open.

After that the HTTPS certificate is issued automatically — there is nothing to buy. It usually takes a few minutes, depending on how fast DNS propagates. The status moves from "Setup needed" to "Securing your address", then "Ready to use". While you wait, visitors see a page that refreshes itself rather than an error.

Use a subdomain, not your root domain

An address like shop.yourbusiness.com is the easy path, especially when your root domain already has a website on it. The root domain works too, but it needs a DNS provider that supports CNAME at the root — Cloudflare, Namecheap and Route53 do, some others do not. If you are on Cloudflare, set Proxy status to "DNS only" (grey cloud) for these records.

What this does not cover yet

—Your dashboard stays on nakwasap.my. This covers public pages only, not full whitelabel.
—After a customer finishes paying, they are returned to a nakwasap.my link.
—The SEO canonical tag still points at the page’s original address.

Pricing

Custom Domain is an add-on: RM15 a month for one domain, or RM150 a year. One unit covers one domain; if you connect a root domain, the root and www count as one. If the add-on lapses, the address is paused first and you have seven days to renew before it is disconnected for good.

Open Settings → Domains to get started. You will need a domain you already own — this does not buy you a new one.